Jumaat, 2 November 2012

skema set 2



Markah penuh : 110  markah

Soalan 1
Markah penuh 30 dibahagi kepada :
(a)    Isi         20 markah
(b)   Bahasa -  10 markah
(a)Isi [ 20 markah ]

    Nota :
(i)                 Panduan mengira perkataan .

  Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:
  • nama khas
  • perkataan berulang
  • penggunaan kata sendi di dan ke
  • tarikh
  • angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
  • gelaran

(ii)               Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.
(iii)             Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu diperiksa.
(iv)             Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

 Bahagian

                                 Markah
Markah
(i)Pendahuluan


    2
(ii) Isi Tersurat

  4
  5
  6
  7
   8
   9
  10
   11
12

    16
(iii) Isi Tersirat

12
 11
 10
  9
   8
  7
   6
    5
  4
(iv) Penutup/kesimpulan


      2

                     Jumlah Markah
     20










Soalan 1 : Rumusan
Pendahuluan
Petikan membincangkan cara-cara/kaedah/tindakan/usaha-usaha untuk memajukan sektor pelancongan di Malaysia.                                                                                                   (2m)     
   
Petikan membincangkan cara-cara/kaedah/usaha/tindakan  untuk memajukan sektor pelancongan. (1m)

Petikan membincangkan langkah-langkah untuk memajukan sektor pelancongan . (0m)

Isi Tersurat ( 4 – 12 markah )
Langkah –langkah untuk memajukan sektor pelancongan  

  1. menaik taraf kualiti infrastruktur di pusat-pusat pelancongan                                 .
  2. kerajaan memperuntukkan RM899 juta bagi sektor pelancongan                          
  3. mengukuhkan bidang-bidang pelancongan yang berbeza khususnya ekopelancongan, agropelancongan dan pelancongan kesihatan                                           
  4. usaha menarik lebih banyak penyertaan rakyat dari pelbagai negara untuk menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku                               
  5. Kerajaan mempromosikan aktiviti pelancongan dalam talian                                                
  6. Kerajaan menyediakan produk-produk pelancongan yang lebih menarik                                                                                                             
  7. Pengunjung yang ke Kuala Lumpur boleh mengambil bahagian dalam Festival Citrawarna 1Malaysia                                                                                   
  8. Strategi kepelbagaian segmen tarikan pelancongan yang dilaksanakan oleh kerajaan

Isi Tersirat [ 4-12 markah ]
Faedah-faedah memajukan sektor pelancongan
  1. Ekonomi negara akan bertambah baik                                                          
  2. Peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia                                                 
  3. Negara akan bertambah maju                                                                      
  4. Pendapatan penduduk meningkat                                                               
  5. Infrastruktur lengkap
  6. Negara menjadi terkenal

    (  isi tersirat yang sesuai boleh diterima )

Kesimpulan
Kesimpulannya, pihak kerajaan bertanggungjawab dalam memajukan sektor pelancongan supaya/agar negara terkenal di persada antarabangsa. (2m)                                                                                                                          
( kesimpulan lain yang sesuai boleh diterima )

(b)   Bahasa [ 10 markah ]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut :


 Peringkat

  
Markah
Isi


Markah
Bahasa

Huraian

Baik


18-20
15-17


 9-10
 7-  9
- Kesinambungan isi baik
- Struktur ayat /tatabahasa baik
- Kosa kata luas
- Tanda bacaan /ejaan betul


Sederhana


12-14
  8-11


  6-7
  4-6
- Kesinambungan isi masih baik
- Struktur ayat/tatbahasa masih memuaskan
- Kosa kata masih memuaskan
- Tanda bacaan/ejaan juga memuaskan


Lemah


1-7

1-4
- Pada keseluruhannya dalam serba
Kekurangan /tidak memuaskan


Nota

(i)                 Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.
(ii)               Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah .
(iii)             Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah .
(iv)             Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

                                                                        [ Markah bahasa maksimum : 10 markah ]
















Soalan 2
Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada :
Soalan 2 (a) : 9 markah
Soalan 2 (b) : 9 markah
Soalan 2 (c) : 8 markah
Soalan 2 (d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga soalan 2(d)
  1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
  2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap /sempurna
  3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja .

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman

1.      Soalan 2 markah :
                          DESKRIPSI
 MARKAH
- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis
       2

- Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup
        1

- Jawapan tidak tepat /salah
        0


2.      Soalan 3 markah
                          DESKRIPSI
 MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis
        3

-          Isi cukup dan lengkap /relevan tetapi ayat kurang gramatis
-          Isi tidak cukup /kurang lengkap tetapi ayat gramatis

         2

-          Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis

         1
-          Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis
         0

3.      Soalan 4 markah :
                          DESKRIPSI
 MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis
        4

-          Isi cukup dan lengkap /relevan tetapi ayat kurang gramatis
        3
        
-          Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat masih gramatis

         2
-          Isi tidak cukup/kurang lengkap dan ayat kurang gramatis
          1

-          Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis
         0
Soalan 2(a) : Petikan Umum

(i)                 Maksud rangkai kata destinasi utama
-Tempat paling baik                                                 2
                                                                                              [ Maksimum : 2  markah ]

(ii)               Faktor-faktor yang menarik pelancong asing ke negara ini ialah
- panorama persekitaran yang cantik, tinggalan sejarah dan keunikan budaya
- kepelbagaian bentuk muka bumi semula jadi Malaysia
- kedudukan ekonomi,politik,sosial dan keselamatan yang baik  
(isi cukup – 2 isi)
                                                                              [ Maksimum  :  3 markah ]

(iii)             Membantu negara mempromosikan kawasan pelancongan di Malaysia ialah
-          melalui laman sesawang
-          melalui aktiviti berkaitan pelancongan di sekolah
-          pergi melancong dalam negara sendiri
-          memberi cadangan kepada pihak lain tempat -tempat yang boleh dikunjungi di Malaysia
-          melalui penulisan artikel berkaitan pelancongan
( lain-lain jawapan yang sesuai boleh diterima )
                                                                                               [ Maksimum : 4 markah ]

Soalan 2(b) : Petikan drama
(i)        Hati ONN sentiasa gelisah kerana ,
-          Melihat bangsanya mundur dan tertekan
-          Mereka dijajah oleh bangsa asing
-          Kaum nelayan hidup dalam kemiskinan
                                                                   [ Maksimum : 2 markah]

(ii)       Cara untuk membantu nelayan yang hidup dalam kemiskinan :
-          Kerajaan memberikan bantuan modal/kewangan/kemudahan moden
-          Memberikan khidmat nasihat/galakan
-          Memberikan latihan penggunaan peralatan moden
-           Memasarkan hasil tangkapan melalui koperasi bukan orang tengah
-          Menggalakkan para nelayan mempelbagaikan hasil tangkapan – industri hiliran
                                                                                                                                                                                                           [ Maksimum : 3 markah ]

(iii)          Nilai kemanusiaan dalam petikan
-          Kasih sayang. Contohnya Onn menyanyi untuk memujuk isterinya yang kelihatan sedih.



Nilai lain dalam drama
-          Bertanggungjawab. Contohnya Onn bertanggungjawab terhadap keluarga dan negaranya.
-          Menghargai jasa. Sultan Johor menganugerahkan Darjah Kerabat kelas Dua kepada Dato’ Onn dan beberapa orang pemimpin lain yang berjasa kepada tanah air.
(mana-mana isi lain yang bersesuaian)
                                                                                  [ Maksimum : 4 markah ]

Soalan 2(c) : Petikan Prosa Klasik
(i)                 Maksud rangkai kata
-         Mendapatkan keinginan/kemahuan tuan puteri
                                                [ Maksimum : 2 markah ]
(ii)               Tindakan Tuan Puteri Indera Kesuma
-         Menyembunyikan Indera Nata di dalam peti emas
-         Mengatakan tiada manusia lain di istana itu kecuali beliau.
[ maksimum   : 3 markah ]
(iii)             Sebab
-         Raksasa baik hati dan sayang akan tuan puteri
-         Ingin menggembirakan tuan puteri
-         Tuan puteri cucunya / ada hubungan yang rapat
-         Gajah bergading emas itu wujud
-         Tiada orang lain yang ssanggup mencari gajah bergading emas itu

                                                                 [ Maksimum : 3 markah ]


Soalan 2(d) : Sajak  
(i)                  Maksud rangkai kata ialah mencipta kecemerlangan selepas seribu tahun.
                      [ Maksimum : 2 markah ]

(ii)               Cara untuk kita mendaulatkan bahasa kebangsaan kita adalah dengan
-          Menggunakan bahasa dengan betul pada setiap masa
-          Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
-          Mewajibkan penggunaan bahasa Melayu di papan-papan tanda/iklan
-          Memperketat syarat kerakyatan dengan kefasihan berbahasa Melayu
          [ Maksimum : 3 markah ]

(iii)             Dua pengajaran dalam sajak tersebut ialah
-          Kita hendaklah cinta akan bahasa Melayu
-          Kita hendaklah mendaulatkan/memartabatkan bahasa Melayu
-          Kita hendaklah menyebarluaskan bahasa Melayu ke seluruh dunia
                                                                                              [ Maksimum : 4 markah ]



Soalan 3

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada :
Soalan 3 (a)  : 6 markah
Soalan 3 (b) : 6 markah
Soalan 3 (c) : 6 markah
Soalan 3 (d) : 6 markah
Soalan 3 (e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)

1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul
2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa /tanda baca daripada keseluruhan soalan.
3. Frasa berkenaan digunakan sebagai peribahasa , berikan 0 markah .
4. Frasa digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambah atau menukar imbuhan , berikan 0 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat.
7. Jika semua frasa digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas , tolak 1/2 markah.


Jawapan 3(a)
·         berkemas                  
a)       menyusun-nyusun (mengatur-atur ) barang-barang dsb supaya segala-galanya kelihatan rapi (tidak berselerak dll)
                  Contoh: Basir memerhatikan Ros berkemas itu dengan berhati-hati benar nampaknya.        
·         mengemaskan
a)      menjadikan tersusun (teratur, rapi dll),  membereskan
Contoh: Sekalian anak kapal sibuk mengemaskan barang-barang.

b)      menghabiskan (wang, harta benda dll)
Contoh: Belum berapa lama berkahwin, suaminya telah mengemaskan hartanya.     
·         pengemas
a)      orang yang mengemasi (mengemaskan)
                  Contoh: Dia bekerja sebagai pengemas bilik di Hotel Syuen.
·         berjalan        
      a)  bergerak ke depan dengan kaki
                 Contoh: Setelah diberi isyarat,  kanak-kanak itu pun mulai berjalan.         
            b)  berangkat
     Contoh: Elok sekiranya awak membawa sedikit bekalan sebab awak hendak berjalan jauh.

            c)  berlangsung/ berlaku/ terjadi
                 Contoh: Persidangan itu berjalan dengan lancarnya
·         menjalani      
      a)  mengalami / melalui
                 Contoh: Dia telah menjalani satu pembedahan
·         Menjalankan           
      a)  mengusahakan
                 Contoh: Pak Leman tidakberasa susah atau berat untuk menjalankan     tugasnya sebagai seorang  penarik beca.
       [ 6 markah ]

3 (b)  Cerakinkan ayat

i.        Rumah itu baru sahaja siap.
       Rumah itu belum ada penghuninya.
  1. Wanita itu baik orangnya.
Wanita itu jarang-jarang sekali menyakiti hati saya.
  1. Budak itu sedang membaca majalah.
Budak itu anak saya.


3 (c)  Kesalahan Ejaan dan Imbuhan

  1. akitek                   -           arkitek                             
  2. ketinggian            -           tertinggi
  3. fax                        -           faks                                   
  4.  memasuki           -            kemasukan
  5. snooker               -            snoker                              
  6. mengambil          -            diambil
[ 6 markah ]


3 (d)  Kesalahan kata / istilah dan bahasa

  1. kredit kad                    -       kad kredit                              
  2. mentafsirkan                 -               mentaksirkan
  3. namun                          -      walaupun/sungguhpun/meskipun                                             
  4. menaiki                         -      mendaki
  5. penonton lebih ramai    -      lebih ramai penonton             
  6. diperhebat                    -      diperluas/dibesarkan/diperbesar
[ 6 markah ]




Jawapan 3(e)

Maksud peribahasa
i)        atas angin
- negara-negara barat

ii)      seperti rusa masuk kampung
-tercengang-cengang kehairanan

iii)    genggam bara api biar sampai jadi arang
-membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya
                                                                                                                [6 markah]
Soalan 4 : Novel
Markah penuh : 15 markah

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4

a.       i) Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap .
iii) Beri 2 markah bagi setiap satu contoh yang lengkap dan jelas
iv) Beri 1 markah bagi contoh yang kurang lengkap/kurang jelas
v) Markah isi maksimum 4 markah.
vi) Markah bahasa maksimum 3 markah
vii) Markah bahasa diberi secara impression
        Baik               : 3 markah
        Sederhana      : 2 markah
        Lemah            : 1 markah
viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
ix) Calon tidak menjawab 0 markah .
                                                                  [ Maksimum : 7 markah ]

b.      i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.
ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
iii) Beri 1 markah untuk satu peristiwa bagi setiap novel
iv) Beri 2 markah bagi setiap huraian yang lengkap /jelas bagi setiap novel.
v) Markah isi maksimum 6 markah ( maksimum 3 markah bagi setiap novel
vi) Markah bahasa diberi secara impression 
      Baik               - 2 markah
      Lemah            - 1 markah
vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa
viii) Calon tidak menjawab 0 markah
                                                                                          [ Maksimum : 8 markah ]

(a)   Latar masa :Novel  Melunas Rindu

i.   Waktu senja – Fuad pulang ke rumah Mak Salmah agak lewat kerana ke hutan mencari kayu api
ii. Waktu malam – Fuad, Pak Ismail, Borhan dan orang kampung sembahyang berjemaah di surau
iii.  Waktu pagi- Fuad ke sekolah Menengah Seri Setia untuk melapor diri sebagai guru sandaran /guru ganti
iv.  Sekitar tahun 1969- peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
v.                  Pada waktu petang.
-Fuad mengajar bahasa Inggeris sehingga lewat petang selama dua hingga tiga jam selepas tamat sesi persekolahan.
-Fuad pulang dari hutan mencari kayu api.
           - Fuad mengerjakan solat Asar di rumah Farhana di Kuantan sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Ruan

        vi. Pada waktu malam.
-Fuad menghantar anak Borhan yang demam panas ke klinik.
-Semasa jemaah surau sedang menunaikan solat Isyak.
- Fuad ke rumah Cikgu Zamani untuk menghadiri kenduri.  Rupa-rupanya Cikgu Zamani mengajak Fuad ke rumahnya untuk memujuk Fuad menyertai parti politik.


Latar masa : Novel Kabus di Perbukitan
1.          Waktu pagi: Rahayu berasa berat untuk bangun setelah semalaman menyiapkan tugasan semasa belajar di UPM
2.          Waktu petang : gerakan mencari dan menyelamat Faridah dihentikan pada waktu petang kerana tidak berjaya menemui Faridah dan Iqbal walaupun van yang dinaiki oleh mereka telah dijumpai.
3.          Waktu senja: Melina sering duduk di beranda banglo miliknya di Marang untuk menikmati keindahan laut pada waktu senja.
4.          Jarak masa 50 tahun iaitu dalam masa 25 tahun sebelum iaitu Rahayu meninggal dunia dan Faridah koma. 25 tahun selepas Faridah pulang ke Malaysia manakala Soleh  Johnson dan Datuk Azrul memajukan Tanah Tinggi Lojing
5.          Zaman lampau:
-Kamarudin mengahwini Salmah dan memperoleh dua orang anak kembar, Faridah dan Rahayu. Kemudian Kamarudin berkahwin pula dengan Hamidah dengan membawa bersama-samanya Rahayu. Tinggallah Faridah bersama-sama ibunya, Salmah di Sungai Besar.
-Rahayu menghidap penyakit kanser paru-paru lalu meninggal dunia. Faridah pula terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menuruni Bukit Fraser. Selepas itu Faridah berkahwin dengan Ghazali. Salmah meninggal dunia dan diikuti pula oleh Ghazali. Faridah mengikuti kursus enam bulan Community Services for Disable People di New Zealand. Dia berkenalan dengan Soleh Johnsons lalu mereka mendirikan rumah tangga dan dikurniai dua orang anak, Melina dan Anne.
6.       Zaman sekarang (25 tahun kemudian):
-Melina mendirikan rumah tangga dengan Benny, manakala Anne pula berkahwin dengan Zain Datuk Azrul. Benny terlibat dengan perjuangan demi Negara Iraq dan Palestin bersama-sama Mohamed Attar dan Mehmood. Akibatnya mereka diburu oleh Police International. Benny berjaya melarikan diri dan akhirnya bertemu semula dengan isterinya di Dubai.
7.         Pada waktu pagi:
-Rahayu bangun pukul 4.00 pagi dan menunaikan solat tahajud. Dia menyediakan nasi lemak untuk sarapan seperti yang diminta oleh ibunya. Apabila dia hendak mengejutkan ibunya yang lambat bangun, baru disedari bahawa ibunya sudah meninggal dunia.
8.         Pada waktu petang:
-Operasi mencari Faridah yang dilakukan oleh polis dengan dibantu oleh platun Senoi Praak, Jabatan Perhilitan, anggota RELA dan anggota Bomba dan Penyelamat di kawasan hutan Bukit Fraser terpaksa dihentikan kerana hari sudah petang.
9.         Pada waktu malam
-Orang-orang Kampung Parit Tiga  berkunjung ke rumah Salmah di Sungai Besar untuk membacakan Surah Yasin dengan diketuai oleh Pak Imam Sohod kerana kehilangan Faridah.

( latar masa yang sesuai dengan contoh yang diberi boleh diterima )


(b)   Peristiwa yang memberi teladan kepada pembaca ;
(i)                 Novel Melunas Rindu
-          Peristiwa hitam 13 Mei menyedarkan kita betapa pentingnya hidup dalam suasana perpaduan.
-          Peristiwa Fuad yang berpisah dengan ibu kandungnya Mariana memberi teladan kepada pembaca tentnag kesan buruk akibat keruntuhan sebuah rumah tangga kepada anak-anak
-          Peristiwa Fuad membawa ibukandungnya, Mak Salmah dan Pak Ismail ke Mekah bagi memunaikan umrah ,memberi teladan kepada generasi muda tentang tanggungjawab seorang anak kepada ibu bapa dan agama.
        
(ii)               Novel Kabus di Perbukitan
      - Peristiwa Faridah kembali ke kampung halamannya di Sungai Besar, Selangor setelah 25 tahun meninggalkan tanah air. Dia bersama-sama suaminya, Soleh Johnsons menetap di Cameron Highlands.
      - Peristiwa Mejar (B) Kamarudin dan Buyung berusaha mencari Faridah di kawasan Bukit Kutu sehingga akhirnya berjaya menemui Faridah yang tinggal di rumah Tok Batin Senik di Perkampung Orang Asli Temuan lalu membawa mereka ke hospital.
       - Peristiwa Benny mudah terpengaruh dengan Mohamed Attar yang terlibat dalam kegiatan keganasan yang akhirnya menyebabkan Benny terpaksa melarikan diri ke luar negara.
( peristiwa lain yang sesuai boleh diterima )