Jumaat, 2 November 2012

skema set 1



SKEMA JAWAPAN

Soalan 1 :  Rumusan

Pendahuluan
Petikan membincangkan cara-cara/usaha-usaha/kaedah-kaedah mengatasi kejadian tanah runtuh di Malaysia/ di negara kita.                                                                 (2 markah)

Petikan membincangkan cara-cara/usaha-usaha/kaedah-kaedah mengatasi kejadian tanah runtuh.                                                                                                                (1 markah)

Isi tersurat (4 hingga 12 markah)
Langkah-langkah mengatasi tanah runtuh

S1        Kerajaan mengambil pendirian tegas untuk tidak lagi meluluskan sebarang permohonan pembangunan di kawasan-kawasan lereng bukit yang berisiko tinggi. 

S2        Pemaju sepatutnya mengguna pakai konsep pembangunan lestari yang tidak memusnahkan alam sekitar

S3        Lima agensi di bawah pemerhatian Kementerian Sains dan Teknologi menggabungkan data alam sekitar masing-masing

S4        Langkah jangka pendek dan panjang perlu disusun oleh pihak berwajib

S5        Dasar-dasar pencegahan yang lebih serius juga perlu digubal

S6        Semua garis panduan, peraturan dan undang-undang yang dibuat dapat dipatuhi

S7        Semua kerajaan negeri menimbangkan untuk menghentikan projek perumahan di kawasan lereng bukit dan cerun yang berisiko tinggi

S8        Pihak berkuasa tempatan pula menjalankan pemantauan berterusan terhadap segala aktiviti di kawasan tanah tinggi

S9        Kita boleh mengurangkan berlakunya bencana atau tragedi tanah runtuh dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dengan aktiviti pembangunan di  kawasan lereng bukit.

Isi  tersirat (4 hingga 12 markah)
Kesan-kesan tanah runtuh
T1        Merosakkan harta benda/infrastruktur
T2        Menimbulkan trauma/ketakutan kepada penduduk yang tinggal di kawasan tanah tinggi
T3        Mengganggu keselesaan masyarakat
T4        Kecederaan fizikal/cacat/kematian
T5        Menjejaskan imej negara di mata dunia
T6        Menjejaskan ekonomi negara                        (mana-mana isi sesuai boleh diterima)
Penutup
Cadangan:
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama mengelakkan kejadian tanah runtuh agar rakyat sejahtera.

Kejadian tanah runtuh hendaklah ditangani oleh semua pihak agar keselamatan penduduk terjamin.

(kesimpulan lain yang lengkap boleh diterima)


Soalan 2(a) -   Pemahaman Petikan Umum

(i)                 Maksud rangkai kata :
            Mengurangkan/menurunkan kesan buruk/bahaya/akibat buruk

(ii)               Faktor utama kejadian tanah runtuh ( isi cukup- 2 isi)
                        P1 - pembangunan di kawasan tanah tinggi dan cerun curam dijalankan.
                        P2- jumlah hujan yang tinggi iaitu melebihi 2000 mm
P3- faktor tanah, panjang cerun, kecuraman cerun, sistem penutupan dan juga sistem pemuliharaan tanah      
                        P4- Sikap pemaju perumahan yang melaksanakan projek pembangunan tanpa 
                        mengambil kira penjagaan alam sekitar

(iii)             Bentuk- bentuk bantuan kepada mangsa tanah runtuh (isi cukup-3isi)
                        P1-bantuan kewangan/sumbangan wang ringgit/derma kilat
                        P2-bantuan keperluaan asas/pakaian/makanan/selimut
                        P3-bimbingan kauseling/nasihat/motivasi/ agama
P4-memberikan pertolongan/bantuan /memindahkan mangsa tanah runtuh ke tempat selamat/sediakan tempat tinggal sementara
P5-membina rumah baharu
                        P6-menubuhkan tabung membantu mangsa
                           (mana-mana isi yang sesuai boleh diterima)

Soalan 2 (b) – Petikan drama

( i )       Mengapakah Chong begitu yakin bahawa Malaysia mampu untuk menjadi sebuah negara model?

·                     Mempunyai kualiti-kualiti yang mencukupi sebagai sebuah negara model.
·                     Mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional.
                                                                       [Maksimum : 2 markah ]



( ii ) Pada pandangan anda, selain untuk mewujudkan integrasi nasional, apakah kepentingan bahasa kebangsaan dalam masyarakat berbilang kaum ?                   
·                     Memudahkan komunikasi antara rakyat berbilang kaum
·                     Meningkatkan persefahaman antara kaum
·                     Mengukuhkan jati diri rakyat
·                     Menggalakkan kerjasama antara kaum
Terima isi lain yang relevan

                                                                                                          [Maksimum : 3 markah ]

( iii )     Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.                                  
            Satu persoalan yang terdapat dalam petikan;                             
Persoalan
Huraian
Semangat cinta akan tanah air/ semangat patriotik
Salmah, Chandran dan Chong mempertahankan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara model dunia
Integrasi nasional
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum yang diikat dengan satu bahasa kebangsaan, satu kebudayaan nasional serta satu agama rasmi.
Malaysia sebagai negara model dunia
Malaysia dikatakan berpoytensi dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat.

Satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama;
Persoalan
Huraian
Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi
Dalam kalangan generasi muda perlu memiliki ilmu pengetahuan tinggi untuk membina sebuah tamadun bangsa.
Kepentingan penghayatan nilai keagamaan
Salmah, Chandran dan Chong berbincang tentang pentingnya nilai keagamaan dihayati untuk mengelakkan kelonggaran nilai agama dan kemerosotan moral
            (Ayat mesti dimulakan dengan persoalan)
            Terima mana-mana persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama
                                                                                                                      [ Maksimum : 4 markah ]


Soalan 2 (c) – Prosa Klasik

(i)                 Berikan maksud rangkai kata terhamparlah ke tanah.
Maksud terhamparlah ke tanah ialah
-        terjatuh ke bumi

(ii)        Berdasarkan petikan, apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Inderaputera untuk mendapatkan baju Tuan Puteri Seri Ratna Gemala?                                     
Langkah yang dilakukan oleh Inderaputera untuk mendapatkan baju tuan puteri ialah
-        Inderaputera bangun perlahan-lahan mengambil baju antakesuma
-        Inderaputera meletakkan baju  di dalam lubang      
-        Inderaputera menutup/mengambus lubang
-        Inderaputera bersembunyi di sebalik pohon kayu
-        Inderaputera masuk ke dalam tasik               .                                 
                               
(ii)               Sekiranya anda Tuan Puteri Seri Ratna Gemala, apakah reaksi anda apabila mendapati bahawa baju antakesuma telah ddicuri?
Reaksi saya apabila mendapati baju antakesuma telah dicuri ialah
-          rasa bimbang/risau/sedih
-          cuba mencari baju
-          meminta pertolongan daripada dayang
-          berdoa

Soalan 2 (d)- Puisi

(i)                 Berikan maksud rangkai kata menghidupkan Langkawi.
Rangkai kata menghidupkan Langkawi bermaksud:
-          memajukan Pulau Langkawi
-          membangunkan Pulau Langkawi                                         (2 markah)

(ii)               Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memajukan bidang sastera? Kemukakan empat cara.
Empat cara untuk memajukan bidang sastera:
-          Mempromosikan karya sastera di media massa
-          Mengadakan bengkel penghasilan karya sastera
-          Mengasah bakat sastera dalam kalangan pelajar
-          Mengadakan pertandingan mencipta karya sastera
-          Menyediakan hadiah lumayan kepada karya sastera yang bermutu
-          Menerbitkan buku-buku sastera dalam bentuk yang menarik (ilustrasi, dialog dsb)
-          Menggunakan internet sebagai medium untuk mengetengahkan karya sastera yang dihasilkan
(mana-mana jawapan yang sesuai)                                      (4 markah)
(iii)             Nyatakan tiga pengajaran dalam sajak di atas.
Tiga pengajaran sajak Mahsuri:
-          Kita hendaklah memiliki perasaan cinta akan sejarah tanah air.
-          Kita hendaklah menghargai bidang sastera kerana bidang ini mempunyai kepentingan kepada negara.
-          Janganlah kita berdendam kerana akan membawa kesan buruk dalam kehidupan.
-          Janganlah kita menabur fitnah kepada orang yang tidak berdosa.
(mana-mana pengajaran yang sesuai)               





Soalan 3: Pengetahuan d an Kemahiran Bahasa
 (a) Bina ayat

(i)                 rerama
- sejenis serangga yang sayapnya lebar dan cantik (dalam pelbagai warna), kupu-kupu
- kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya)

(ii)               kekuda
- penyangga (penopang) papan hitam yang berkaki tiga
- kayu penyangga tulang bumbung rumah
- kayu palang untuk menyangga (kayu yang akan ditarah dan lain-lain)
- bahagian senapang atau pistol yang meledakkan peluru
- (Muz) penyangga pada alat bunyi-bunyian (seperti biola dan lain-lain) untuk meregangkan tali
- kuda-kudaan
-(dalam seni mempertahankan diri) sikap siaga dengan kedudukan tubuh dan kaki yang 
  bersedia menerima serangan

(iii)             pepohon
- tumbuhan yang berbatang besar serta keras, pokok

(iv)               sesama
- antara (mereka itu) sendiri


(v)                lelangit
- kain yang dipasang di atas bilik (di bawah atap), papan dan lain-lain yang dipasang di bawah atap, kain bahagian atas kelambu
- bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian lembut dan keras)

(vi)               bebunga
- bahagian tumbuhan untuk pembiakan, biasanya berwarna terang dan berbau harum
- lukisan (pada kain dan lain-lain)
- bahagian permukaan tayar yang rupaya seperti hiasan (ukiran atau corak)
- bayaran (tambahan) yang dikenakan ke atas atau diperoleh daripada wang yang
  dipinjamkan, keuntungan kerana meminjamkan wang, faedah, anak wang
- kiasan sesuatu yang dianggap cantik (indah dan lain-lain) yang dapat disifatkan seperti kembang
- alamat atau tanda akan bermulanya sesuatu peristiwa dan lain-lain


(b) Menukarkan ayat-ayat aktif kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

(i)                 Rakannya dinasihati oleh pemuda itu supaya belajar bersungguh-sungguh.
(ii)               Kuala Lumpur belum pernah dijejaki oleh Ravindon.
(iii)             Bunga itu digubah oleh Suhaila untuk diberikan kepada rakannya.
(iv)              Keputusan telah diambil oleh mereka untuk melancong ke Turki pada musim panas ini.
(v)               Tempat itu belum sempat saya kunjungi.
(vi)              Basikal kawan saya telah dilanggar oleh kereta itu semalam.
                                                                                                          [6 markah]

(c) Satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. 
No. soalan
Kesalahan Ejaan
Jawapan
Kesalahan Imbuhan
Jawapan
i
kerisis
krisis
ditangankan
Ditangani
ii
ujud
wujud
menghadap
Menghadapi
iii
Ke Sepuluh
Kesepuluh
tekanan
Penekanan
1 markah setiap 1 kesalahan
                                                                                                          [6 markah]

(d)  Satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
No. Soalan
Kesalahan Kata/Istilah
Jawapan
Keslahan Tatabahasa
Jawapan
i
tapak
pusat
di atas
atas
ii
rakyat
masyarakat
dari
Untuk/bagi
iii
Pertunjukan
Pameran/Pesta/
Ekspo
dari
Daripada
1 markah setiap 1 kesalahan
                                                                                                          [6 markah]


(e) Melengkapkan ayat-ayat dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.

i) ada gula ada semut
ii) sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit/usaha tangga kejayaan
iii) yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
Setiap jawapan yang betul = 2 markah [6 markah]

Soalan 4 ( a )
NOVEL MELUNAS RINDU
Novel ini mengisahkan kehidupan Fuad/Joshua/Abdul Halim, seorang mualaf yang ingin mendalami Islam dan tinggal bersama keluarga angkatnya, Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad/Joshua/Abdul Halim menerima tawaran sebagai guru sandaran Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dan berkawan baik dengan Farhana.  Fuad/Joshua/Abdul Halim mula mencari pusara ibunya dan asal-usul keluarga sebelah ibunya dengan bantuan Pak Ismail. Dalam pencarian itu, Fuad/Joshua/Abdul Halim mengetahui bahawa sebenarnya ibunya masih belum meninggal dunia dan dia menemui ayahnya, Robert Lim/Roslan, untuk mendapatkan maklumat tentang ibunya. Pada masa yang sama, Fuad/Joshua/Abdul Halim semakin rapat dengan  Farhana, dan menziarahi ibu Farhana yang sakit di Kuantan. Ketika itu, dia mengetahui bahawa ibu Farhana sebenarnya ialah ibu kandung yang dicarinya selama ini. Akhirnya, Fuad/Joshua/Abdul Halim membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah.

Soalan 4 ( b )

Nilai
Melunas Rindu
Kabus di Perbukitan

Kasih Sayang
Mariana sering mengingati dan menyayangi Fuad walaupun telah lama berpisah.

Rahayu amat merindui kakaknya Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak kembarnya itu.

Ketabahan
tabah menghadapi dugaan sepanjang pencarian ibu kandungnya.

Faridah tabah menghadapi dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang disayanginya iaitu adiknya, Rahayu, ibunya, Salmah dan suaminya, Ghazali.
bertanggungjawab
Mak Salmah sentiasa menjaga minum suaminya dan Fuad.

Setelah ditinggalkan suami, Salmah bekerja di sawah untuk menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya menjaga dua orang anak lelakinya.
Kegigihan/ kerajinan
Fuad merupakan seorang guru yang rajin dalam menjalankan tugasnya sebagai guru.
Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.
Ketaatan pada agama
Mak Salmah menunaikan kewajipan bersolat dengan tekun. Ketika Fuad sampai ke rumah pada waktu Maghrib, Mak Salmah baru sahaja selesai solat Maghrib.

Mak Salmah menunaikan umrah bersama-sama Pak Ismail, Mariana dan Fuad di Mekah.
Semasa di Cameron Highlands, setiap hari Soleh menunaikan sembahyang di masjid secara berjemaah.

SKEMA JAWAPAN TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan