Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan
teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah untuk memajukan sektor
pelancongan dan faedah-faedah memajukan sektor pelancongan.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sesebuah
negara yang mempunyai panorama persekitaran yang cantik, tinggalan sejarah dan keunikan
budaya akan menarik ketibaan pelancong yang tinggi dari serata pelosok dunia. Hal ini diperkukuhkan lagi melalui usaha kerajaan yang menaik taraf
kualiti infrastruktur di pusat-pusat pelancongan.
Sektor
pelancongan negara telah memperoleh kejayaan cemerlang pada tahun lalu walaupun
berlakunya wabak influenza A (H1N1) dan krisis ekonomi dunia. Lebih
menggalakkan lagi, apabila jumlah pelancong asing yang mengunjungi Malaysia
pada tahun lepas mencatatkan peningkatan kira-kira tujuh peratus kepada 24 juta
orang. Sebagai rakyat Malaysia, kita
juga berasa bangga melihat negara kita telah ditampilkan di dalam
senarai 10 destinasi utama dunia untuk
dilawati pada tahun 2010. Bagi para
pengunjung yang pertama kali berkunjung
ke Malaysia pada tahun ini pasti akan menyukai apa-apa yang mereka alami
di Malaysia.Para pelancong akan kagum melihat masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum, pelbagai budaya, adat dan bahasa bersatu di bawah satu bendera
yang sama.
Kepelbagaian bentuk muka bumi semula jadi
Malaysia juga menawarkan keunikan dan seribu satu rahsia yang perlu diselidiki
oleh para pelancong yang berkunjung ke negara ini. Bagi meneruskan kejayaan tahun lalu, kerajaan
memperuntukkan RM899 juta bagi sektor pelancongan melalui Bajet 2010. Selain
itu, kerajaan akan terus mengukuhkan pelbagai bidang pelancongan yang berbeza,
meliputi ekopelancongan, agropelancongan dan pelancongan kesihatan yang semakin
mendapat tempat di hati pelancong asing.
Selain itu, pelbagai inisiatif telah dilakukan
bagi menarik pelancong menetap di Negara kita merangkumi usaha menarik lebih
banyak penyertaan rakyat pelbagai negara untuk menyertai Program Malaysia Rumah
Keduaku (MR2K). Hal ini demikian kerana kedatangan pelancong antarabangsa
merupakan faktor utama dalam melonjakkan lagi sektor pelancongan di negara ini.
Di samping itu, kerajaan juga mempromosikan
aktiviti pelancongan dalam talian dan menyediakan produk-produk
pelancongan yang lebih menarik. Sementara itu, para pengunjung yang berkunjung
ke Kuala Lumpur boleh mengambil bahagian dalam Festival Citrawarna 1Malaysia yang
dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, pada setiap tahun.
Kesimpulannya,
perspektif tentang sektor pelancongan di Malaysia telah menjangkau segmen di
luar tarikan keindahan alam semula jadi. Strategi kepelbagaian segmen tarikan
pelancongan yang dilaksanakan oleh kerajaan memberikan kelebihan kepada
Malaysia untuk menawarkan produk pelancongan yang lebih berdaya saing.
Kedudukan ekonomi, politik, sosial dan keselamatan yang baik menjamin bahawa
negara ini akan menjadi pilihan utama pelancong asing dan membuktikan bahawa
Malaysia memiliki masa depan yang sangat cemerlang dalam sektor pelancongan.
( Dipetik dan diubah suai daripada
“PM Minta Pandangan Rakyat untuk Jana Industri Pelancongan”
Utusan Malaysia , Feb, 2011)
Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan
Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1,
jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan
maksud rangkai kata destinasi utama.
[
2 markah ]
(ii)
Huraikan
faktor-faktor yang menarik pelancong asing untuk melancong di Malaysia.
[3 markah ]
(iii) Sebagai warganegara yang bertanggungjawab,
bagaimanakah anda dapat membantu negara dalam mempromosikan kawasan pelancongan
di Malaysia. [ 4 markah ]
Soalan 2(b) – Petikan
Drama
Baca petikan drama di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
ONN
naik ke pangkalan dengan membawa pukat dan ikan di dalam bakul. Orang ramai di
pangkalan itu. Isterinya, HALIMAH menjual kuih di warung. ONN masuk ke warung
dan duduk. HALIMAH mendekati ONN.
HALIMAH :
Banyak dapat ikan hari ini, bang?
ONN : Inilah sahaja yang
ada. Nelayan
yang tidak bertauliah seperti aku ini, apa yang boleh dibuat? Tak tahu memasang jaring, apalagi nak
memasang pukat.
HALIMAH :(Menghidangkan air dan
kuih) Belajarlah kita menjadi orang
kebanyakan. Rasanya hidup begini, kita
lebih aman.... Minumlah dulu dan kuih
itu dijamah. Lebih kita jual pagi
tadi. Pendapatannya agak lumayan.
ONN
memandang isterinya. Dia kelihatan
sedih. ONN menyanyi
ONN :
Janganlah kaucuba sembunyikan
Apa
yang tersirat di hatimu
Hidup ini sungguh menyeksakan
Derita terbayang di wajahmu.
HALIMAH
menyanyi.
HALIMAH :
Tapi aku bangga keranamu
Sikapmu membuat aku gembira
Patah sayap bertongkat paruh
Gunung tinggi didaki juga.
ONN :Dan, tahukah kau,
Halimah? Hatiku ini selalu gelisah.
Melihat bangsaku yang mundur dan tertekan.... Di bawah penjajahan yang
menjadikan mereka suram. Kaulihatlah
sendiri nelayan-nelayan nan miskin, hidup tak tentu haluan. Menangkap ikan sekadar cukup makan. Bagaikan ayam kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang.
(Dipetik
daripada drama ̒ Dato’ Onn’ oleh Othman Haji Zainuddin
dalam
antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa
dan Pustaka )
(i)
Mengapakah hati ONN sentiasa
gelisah ?
[2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda,
bagaimanakah nelayan yang hidup dalam kemiskinan dapat dibantu? [4 markah]
(iii)
Huraikan satu nilai kemanusiaan dalam petikan dan satu nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam keseluruhan drama ini.
[3 markah]
Soalan 2(c) – Petikan
Prosa Klasik
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Indera Nata pun
amat takut, katanya, “Hai tuan puteri, betapa bicara kakanda ini, kalau
didapatinya kakanda ini oleh raksasa itu?”
Maka oleh tuan puteri
akan Indera Nata itu ditaruhnya di dalam peti emas. Setelah sudah maka raksasa
itu datanglah dua laki isteri. Setelah sampai maka ia pun mencium bau manusia.
Maka katanya, “Hai
cucuku, di manakah bau manusia ini? Adakah manusia di dalam mahligai ini?”
Maka kata Tuan Puteri
Cendera Kesuma, “Hai nenekku, tiadalah pernah manusia sampai ke mari! Melainkan
kami ini juga manusia. Jikalau nenekku hendak makan kami ini, makanlah ketujuh
orang ini”.
Maka kata raksasa itu,
“Hai cucuku, sudahkah besar hatimu itu?”
Maka tuan puteri, “Hai
nenekku, lagi sangat kecil hati kami ini, jikalau nenekku hendak segera
membesarkan hati kami, carilah gajah yang bergadingkan emas supaya hati kami
lekas besar!”
Sebermula maka berfikir
raksasa itu; benarlah seperti kata tuan puteri itu seperti katanya, “Hai
cucuku, esok harilah aku pergi mencari
kehendakmu itu!”
Hatta maka hari pun
petanglah. Maka raksasa itu pun tidurlah ia dua laki isteri. Apabila hampirlah
siang maka ia pun pergilah keduanya ke
dalam hutan mencari gajah bergading emas ke sana ke mari tiada jua
diperolehnya.
(Dipetik daripada ‘Hikayat Indera Nata’
dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Berikan maksud rangkai kata mencari
kehendakmu.
[2 markah]
(ii)
Bagaimanakan Tuan Puteri
Cendana Kesuma menyelamatkan Indera Nata daripada dimakan oleh raksasa?
[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, mengapakah
raksasa sanggup bersusah payah mencari gajah bergading emas untuk Tuan Puteri
Cendana Kesuma?
[4 markah]
Soalan 2(d) - Sajak
Baca sajak di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Dirgahayu Bahasaku
Tempatmu
di singgahsana
hati
nurani bangsaku
warga
yang berbudi
setia
dan amanah.
Bahasa
itu maruah bangsa
yang
mesti dipelihara martabatnya
agar
tetap kukuh dan ampuh
melayari
lautan bijaksana
salam
ikatan mesra dan teguh.
Cekal
dan waja semangat pejuangku
hak
bangsaku memilikimu
hak
bangsaku mendaulatkanmu
di
bumi bertuah ini
merentas
dunia tak bertepi.
Sejarah
bangsa mencatatkan kegemilangan
ke
barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah
pelautku membelah lautan
ke
utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari
pulau ke pulau menggilap mutiara silam.
Dirgahayu
bahasaku
di
arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk
kalbu lagu bahasamu
bahasamu
bahasa minda
mudah
akrab dan bertatasusila
daripada
bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.
(September 2000)
(Dipetik
daripada ‘Dirgahayu Bahasaku’
Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)
Berikan maksud rangkai kata menempa kejayaan di alaf baru.
[2 markah]
(i)
Pada pendapat anda, jelaskan dua cara untuk kita mendaulatkan bahasa
kebangsaan kita?
[3 markah]
(ii)
Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4
markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah
]
Jawab semua
soalan .
(a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda
faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan
imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
i.
berkemas
ii. mengemaskan
iii.
pengemas
iv.
berjalan
v.
menjalani
vi.
perjalanan [ 6 markah ]
(b) Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat selapis
tanpa mengubah maksud asalnya.
i.
Rumah itu baru sahaja siap dan
belum ada penghuninya.
ii.
Wanita itu baik orangnya,
malahan jarang-jarang sekali menyakiti hati saya.
iii.
Budak yang sedang membaca
majalah itu anak saya.
[ 6 markah ]
(c) Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Sekumpulan
akitek negara kita telah berjaya mereka bentuk bangunan yang ketinggian di
dunia.
(ii)
Salinan
sijil-sijil kelayakan telah dihantar menggunakan mesin fax bersama-sama dengan
surat permohonan memasuki ke universiti.
(iii)
Pusat
snooker yang beroperasi tanpa lesen telah mengambil tindakan oleh pihak
berkuasa dengan menyita pusat tersebut. [6 markah]
(d) Dalam setiap ayat
di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Penggunaan
kredit kad begitu pesat sehingga ramai pakar kewangan mentafsirkan bahawa pada
suatu masa nanti ekonomi dunia akan menjadi ekonomi tanpa wang.
(ii)
Salman
tidak pernah berputus asa namun telah beberapa kali gagal sampai ke puncak
Gunung Kinabalu kerana dia tetap bercita-cita untuk menaiki gunung tersebut.
(iii)
Dewan
Titiwangsa perlu diperhebat supaya dapat memuatkan penonton lebih ramai.
[6 markah]
[6 markah]
(e) Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i) Atas angin
(ii) Seperti rusa masuk kampung
(iii) Genggam bara api biar sampai jadi arang
[ 6 markah ]
Soalan 4 : Novel
[ 15 markah ]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan
novel-novel yang berikut :
(i)
Azfa
Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah
(ii)
Kembara
Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(iii)
Papa...(
akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
(iv)
Interlok
karya Abdullah Hussain
(v)
Renyah
karya Gunawan Mahmood
(vi)
Sutera
dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan
(vii)
Melunas
Rindu karya Hartini Hamzah
(viii)
Kabus
Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji,
huraikan dua latar masa yang
terdapat dalam novel tersebut.
[ 7 markah
]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda
pelajari, jelaskan tiga peristiwa yang boleh dijadikan teladan.
[ 8 markah
]
KERTAS SOALAN TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan