Jumaat, 2 November 2012

bm k1 set 1



Bahagian  A

[ 30 markah ]
[Masa dicadangkan :45 minit]

Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada ciri-ciri sekolah idaman. Huraikan pendapat anda tentang  ciri-ciri sekolah idaman anda. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan










SEKOLAH IDAMAN SAYA


Disiplin yang baik


Kemudahan yang lengkap


Guru yang bertanggungjawab dan penyayang


Persekitaran yang ceria






















 Bahagian  B
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

[ 100 markah ]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1          Pada cuti penggal yang lalu, anda telah berpeluang menghadiri majlis perkahwinan saudara anda di kampung.

Gambarkan suasana pada hari sebelum dan semasa majlis perkahwinan itu berlangsung.


2          Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan budaya membaca dalam kalangan anak-anak di rumah.

Jelaskan pendapat anda.


3          Semangat kejiranan semakin terhakis dalam jiwa masyarakat  Malaysia.
            
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku dalam kalangan masyarakat.


4          Tindakan ibu bapa menghantar anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di luar negara mendatangkan pelbagai kesan.

Bincangkan pernyataan di atas.


5          Anugerah sastera merupakan penghargaan yang diberikan kepada penulis-penulis yang telah banyak menyumbang kepada dunia sastera tanah air. Anugerah yang diberikan adalah dalam bentuk wang ringgit, kemudahan berkarya dan sebagainya.

Bincangkan kepentingan anugerah sastera kepada dunia sastera tanah air.




KERTAS SOALAN TAMAT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan