Jumaat, 2 November 2012

soalan k1 set 2



SULIT                                                          2                                                         1103/1

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]

Rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada langkah mengatasi keracunan makanan di Malaysia. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengatasi masalah keracunan makanan di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.




Menjaga kebersihan premis makanan
 
Menguatkuasakan undang-undang
 
                                                                                                                                                                                                                              

 





















1103/1@2012 HAK MILIK JKD BAHASA MELAYU KULAIJAYA                                                 SULIT

SULIT                                                          3                                                         1103/1

Bahagian B
[100 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan dibawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1                    Kelab Pelancongan di sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat pelancongan di Malaysia. Sebagai setiausaha kelab, anda diminta menulis laporan tentang lawatan tersebut.

Tulis laporan  itu selengkapnya.

2                    Amalan membaca bukan sekadar hobi tetapi perlu dijadikan sebagai budaya hidup dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bincangkan peranan sekolah dalam membentuk sikap suka membaca dalam kalangan pelajar.

3          Anda telah berpeluang menyaksikan perayaan hari kemerdekaan negara yang dihadiri oleh pelbagai kaum.

Huraikan kepentingan perpaduan kaum dalam masyarakat berbilang bangsa di negara kita.

4                    Penganjuran sukan bertaraf dunia boleh memberi impak positif dari segi politik, ekonomi dan sosial kepada negara-negara yang menyertainya.

Bincangkan  pernyataan tersebut.

5                    Masyarakat Melayu lama kaya dengan kehalusan berbahasa sama ada untuk memberi nasihat, menyindir mahupun mengkritik. Salah satu peribahasa yang sering digunakan ialah “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung” yang bermaksud mematuhi adat dan peraturan di tempat yang kita diami dan tinggal.

Tulis sebuah cerpen yang lengkap berdasarkan peribahasa tersebut.


KERTAS SOALAN TAMAT


1103/1@2012 HAK MILIK JKD BAHASA MELAYU KULAIJAYA                                                 SULIT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan